fb fb fb fb fb

Anggota bomba cedera digigit beruang matahari

YAN, KEDAH, 2 Februari - Seorang anggota bomba bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, cedera parah dibahagian tangan selepas terkena gigitan seekor beruang semasa anggota terbabit cuba menangkap haiwan itu.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi tadi dikawasan sawah di Kg Kabu 10, Yan, Kedah.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata semasa proses menangkap beruang betina itu, anggota bomba terbabit dipercayai terjatuh sebelum diterkam haiwan itu.


(Pergelangan tangan anggota bomba yang cedera akibat diserang beruang matahari)

Anggota bomba tersebut, Mohamad Nizam Hamid, 27 tahun, mengalami kecederaan parah di pergelangan tangan sebelah kiri kini dirawat di Hospital Yan akibat kecederaan serius.

Ekoran kecederaan yang parah, anggota terbabit dibawa pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan rawatan awal di Hospital Yan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani untuk rawatan lanjut.

Beruang Matahari itu dipercayai datang dari semak dikampung berhampiran, bagaimanapun berjaya ditangkap pihak PERHILITAN dengan menggunakan kaedah menembak menggunakan ubat pelali.

Beruang betina seberat 90 kilogram (kg) ditangkap pada jam 12.50 tengahari tadi menggunakan pelali, dan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak

Media Baharu