fb fb fb fb fb

Perkasa TVET menerusi kerjasama dengan pihak swasta - PM

PUTRAJAYA, 2 Februari - Kerajaan dalam mesyuarat jemaah hari ini mencadangkan kerjasama dengan pihak swasta bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan langkah segera perlu diambil bagi membantu mereka mendapat pekerjaan dengan pendapatan munasabah.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof
/ Foto Bernama)

"Jadi oleh demikian saya mengusulkan supaya ada langkah segera, kita sudah ada kajian, kita ada jawatankuasa langkah segera untuk memastikan anak-anak ini dilatih mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan munasabah.

"Maka kita cadangkan umpanya, kita ada TVET atau institut latihan di Pengerang, maka kita akan minta diambil alih oleh Petronas untuk melatih mengurus dan menggunakan kepakaran memenuhi keperluan Petronas.

"Kita ada DRB Hicom di Pekan maka bidang automobil dan yang berkaitan itu boleh mengambil alih dan menjalankan," katanya pada sidang media mesyuarat jemaah menteri di Putrajaya.

Tambah beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengenal pasti langkah tambahan yang boleh diambil berhubung kerjasama berkenaan.

Dalam Bajet 2023, kerajaan memperuntukkan RM6.7 billion di bawah tujuh kementerian utama untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif TVET.

Ia termasuklah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Media Baharu