fb fb fb fb fb

Tiada cadangan wajibkan amalan ESG - Rafizi

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 26 Jun-Tiada cadangan mewajibkan amalan mengawal selia alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terhadap pemain industri.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ia dikhuatiri akan membebankan khususnya bagi Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PMKS).

Bagaimanapun, usaha pemupukan kesedaran dan kefahaman mengenai agenda ekonomi hijau terus dipergiat.

"Kita mewujudkan sama ada insentif bantuan terutama kepada syarikat kecil agar jumlah perunding yang menawarkan perkhidmatan ini adalah lebih banyak, apabila banyak penawaran ini akan mengurangkan kos pelaksanaannya. Tumpuan kita sekarang dalam tempoh satu hingga dua tahun ini ialah mewujudkan permintaan daripada syarikat kecil dimana kerajaan akan mempertimbangkan bentuk bantuan untuk mereka menawarkan khidmat pematuhan ESG ini dan standard ESG itu akan menurunkan kos untuk jangka masa panjang," katanya ketika menjawab soalan yang dilontarkan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Negara di sini.

Beliau sebelum itu menjelaskan, kementerian berusaha mewujudkan ekosistem ESG bagi mempercepat penerimaannya terutama dalam kalangan PMKS.

Tinjauan PMKS 2023 oleh SME Corp menunjukkan pada Januari hingga Februari 2023, hanya 39.9 peratus daripada 1,489 responden yang menyedari kepentingan amalan ESG dalam perniagaan mereka.

Setakat ini, amalan ESG dilaksanakan secara sukarela dan hanya melibatkan syarikat yang menfokuskan pasaran antarabangsa.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu