fb fb fb fb fb

31,140 belia bankrap sejak 2014

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Seramai 31,140 belia berusia bawah 35 tahun diisytihar bankrap sejak 2014 sehingga Mei 2023.

Meskipun jumlah berkenaan mencatat penurunan dari tahun ke tahun, namun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata usaha untuk menanganinya terus dipergiat.

Ini termasuk meminda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360).

"Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) telah juga meminda Seksyen 5(1)(a) Akta 360 melalui Akta Insolvensi Pindaan 2020 (Akta A1624) yang telah diwartakan pada 22 Oktober 2020 dan berkuat kuasa sejak 1 September 2021.

"Pindaan ini adalah untuk menetapkan nilai had minima keberhutangan kepada 100,000.

"Peningkatan had minimum muflis ini secara tidak langsung telah membantu mengurangkan peratusan bankrap yang didaftarkan dengan MdI, termasuklah golongan belia," katanya ketika menjawab soalan Senator, Mohd Hasbie Muda.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu