fb fb fb fb fb

KPM perluaskan kluster mata pelajaran dalam pengambilan guru baharu

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 26 Jun-Kementerian Pendidikan akan memperluas kluster mata pelajaran bagi membolehkan calon berpotensi dilantik sebagai guru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, perkara itu merupakan antara sebahagian komitmen kementerian tersebut bagi mengisi kekosongan perjawatan terutamanya bagi subjek yang dianggap kritikal di seluruh negara.

" Ini termasuk mempertingkatkan sinergi dan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), dan Kementerian Kewangan (MOF).

"Beberapa kaedah dan strategi sudah dipersetujui an akan dilaksanakan termasuk peluasan klsuter matapelajaran dan pastikan calon berkualiti", katanya ketika menjawab oalan tambahan Senator Datuk Ahmad Ibrahim berhubung cadangan KPM mempertingkat jumlah bilangan guru di seluruh negara.

Pada Mac tahun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) memperkenalkan kaedah Kluster Mata Pelajaran (KMP) dalam pengambilan guru secara 'one-off' bagi memastikan tiada lambakan graduan yang mengambil Ikhtisas Pendidikan.

Langkah itu juga bakal memberi peluang lebih luas kepada graduan untuk memohon berdasarkan pemetaan ijazah sarjana muda yang bersesuaian.


(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying)

Media Baharu