fb fb fb fb fb

Tiada akta khusus, sukarkan Melaka pantau Airbnb

MELAKA, 15 Disember- Ketiadaan akta khusus melibatkan pengendalian Airbnb menyukarkan Melaka memantau pelbagai isu berkaitan perkhidmatan tersebut terutama membabitkan aspek keselamatan pelanggan.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata sebagai negeri berteraskan pelancongan, beliau berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memandang serius isu pendaftaran Airbnb kerana tiada akta khusus mewajibkan pengendali perkhidmatan itu berdaftar dengan pihak berkuasa.

Beliau menyatakan perkara itu dalam persidangan DUN Melaka.

Terdahulu beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof yang ingin tahu mengenai usaha memastikan hotel di Melaka yang ditutup kembali beroperasi agar tidak merencatkan pemandangan di kawasan tumpuan pelancongan.

Ketika menjawab soalan itu, beliau berkata antara usaha yang boleh dilakukan adalah kerajaan Persekutuan memudahkan pengambilan tenaga kerja terutama dari luar menerusi program latihan praktikal.

(Foto hiasan)

Media Baharu