fb fb fb fb fb

Remaja lelaki maut terjun dari bangunan hospital

(Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh/Pahang Media)

TEMERLOH, 15 Disember- Seorang remaja lelaki yang sedang dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh daripada bangunan hospital berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, remaja berusia 19 tahun itu bertindak terjun daripada tingkat tujuh bangunan, kira-kira pukul 1.00 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusof berkata, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan.

Berdasarkan laporan doktor, pesakit dirawat kerana mengalami demam panas dan juga jangkitan kuman pada otak.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa di hantar ke unit forensik untuk saringan COVID-19 dan bedah siasat.

Bagaimanapun, Mohd Azhar mengingatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian itu.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pihak polis dan balai berdekatan.

(Mohd Azhar Mohd Yusof)

 

Media Baharu