fb fb fb fb fb

Status ibadah haji, bakal jemaah dinasihat tunggu pengumuman rasmi TH

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Bakal jemaah haji Malaysia dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun hadapan daripada pihak Tabung Haji (TH) menerusi platform-platform komunikasi rasminya.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam kenyataan memaklumkan, perkara itu akan dimaklumkan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan untuk musim haji diputuskan oleh Kerajaan Arab Saudi.

"Setelah tarikh pengeluaran surat tawaran haji diumumkan, bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan," menurut kenyataan itu.

Syed Saleh turut menasihatkan orang ramai agar untuk tidak mudah percaya dengan berita yang tular di media sosial tentang tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji, syarat kelayakan bakal haji dan juga kriteria pemeriksaan kesihatan.

"Berita tidak sahih tersebut telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan TH menerima banyak pertanyaan berkenaannya," katanya.

Buat masa ini, TH sedang menganjurkan kursus asas haji selama 13 minggu terbuka untuk semua umat Islam bermula 25 November sehingga 17 Februari 2023.

(Foto fail)

Media Baharu