fb fb fb fb fb

Kilang proses peleburan logam haram diserbu

KUALA KANGSAR, 15 Disember- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak menyerbu sebuah kilang yang dikesan menjalankan kegiatan peleburan logam secara haram di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tasek Perkasa dan Kampung Bekor di Kuala Kangsar, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Teh Kok Lim memberitahu, siasatan awal JAS mendapati kilang berkenaan dipercayai menjalankan kegiatan peleburan logam dengan menggunakan buangan terjadual SW110 (elektrik dan elektrikal) sebagai satu daripada bahan mentah.

Premis yang beroperasi sejak empat bulan lepas, didapati tiada dalam senarai lesen sah untuk beroperasi.

"Apabila kita memasuki kawasan ini kita dapati operasi, orang yang menguruskan kilang ini sudah tidak ada, jadi yang ada kita tinggal bukti. Memang dapur dia masih ada, bahan mentah dan fasiliti ini semua ada, jadi kerja seterusnya kita akan memastikan pejabat tanah dan pihak polis memantau kawasan ni sehingga tindakan selanjutnya diambil," kata Teh dalam sidang media selepas Op Bersepadu Kilang Haram di sini.

Sementara itu, Pengarah JAS Perak Rosli Zul berkata sampel daripada timbunan sisa peleburan akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti bahan buangan itu sebelum tindakan lanjut diambil.

(Teh Kok Lim berkata Kilang proses peleburan logam haram diserbu)

Media Baharu