fb fb fb fb fb

KKD bincang penurunan harga perkhidmatan telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telco bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat telco melakukan kajian bagi memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan perkhidmatan telekomunikasi lebih murah.

Beliau juga sedang meneliti langkah terbaik yang boleh dilakukan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta mengatasi isu capaian rangkaian 4G dan 5G yang dihadapi di sesetengah kawasan di negara ini.

Fahmi, dalam pada itu, mengingatkan penghasil kandungan di pelbagai platform sosial media supaya menghormati undang-undang negara ini ketika berkarya.

(Foto hisan)

Media Baharu