fb fb fb fb fb

Syarikat Malaysia raih potensi jualan RM276 juta

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Sejumlah RM276 juta potensi jualan berjaya diraih syarikat tempatan yang menyertai Aeromart Toulouse 2022 di Perancis.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memaklumkan, urusniaga melibatkan pembeli global antaranya dari Perancis; Amerika Syarikat; United Kingdom; Kanada dan Sepanyol.

Aeromart Toulouse 2022 berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember lepas, pelbagai produk dipamerkan dan menarik minat pembeli antaranya komponen sayap komposit serta aerostruktur logam.

Penyertaan negara, membantu mempromosikan keupayaan tempatan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan aeroangkasa sejajar permintaan yang meningkat untuk penerbangan komersial dan pengeluaran pesawat.

(Foto hiasan)

Media Baharu