PASIR MAS, 15 Disember- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan RM12 juta bagi menyediakan enam unit pam bergerak berkuasa tinggi bagi mengatasi banjir termenung di Pasir Mas, Kelantan.
Peruntukan segera itu merupakan langkah jangka pendek menangani banjir termenung khususnya di Rantau Panjang.
Enam pam tersebut dengan kos RM2 juta bagi setiap unit akan digunakan untuk mengalirkan air banjir ke Sungai Golok.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Taklimat Persiapan dan Situasi Semasa Banjir Pasir Mas di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.
Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wilson Ugak Kumbong.
(Ahmad Zahid pada Taklimat Persiapan dan Situasi Semasa Banjir Pasir Mas)