fb fb fb fb fb

Dua PPS di Johor ditutup

JOHOR, 15 Disember- Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Kota Tinggi, Johor ditutup pukul 1.00 tengah hari tadi.

Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 88 orang daripada 23 keluarga yang masih ditempatkan di empat PPS di Segamat dan Mersing.

Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, seramai 34 penduduk terjejas ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Batu Badak, Segamat, sejak mula dibuka 11 Disember lalu.


(Foto BERNAMA)

Sementara PPS Balairaya Kampung Kuala Paya, 27 orang penduduk dan PPS Dewan Komuniti Tasek, 11 penduduk terjejas.

Jumlah penduduk terjejas di PPS Sekolah Agama Pangkalan Batu, Mersing turun kepada 16 orang daripada tiga keluarga.

Media Baharu