fb fb fb fb fb

Pesta buih berjaya digagalkan - JAINJ

(Foto fail)

JOHOR BAHRU, 15 Disember- Pesta buih yang dilapor akan berlangsung esok di sebuah hotel mewah di Johor Bharu berjaya digagalkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihaknya menerima aduan berhubung pesta itu daripada orang awam, susulan mesej yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Mohd Fared berkata pihaknya sudah menghubungi penganjur dan hotel terbabit bagi menghalang pesta buih berkenaan.

"Tindakan membatalkan program itu dibuat serta merta kerana ia melibatkan pergaulan bebas dan tidak sopan antara orang Islam.

"Saya percaya rakyat Johor termasuk orang bukan Islam pun melihat pergaulan bebas sebagai perbuatan tidak baik, bukan agama Islam semata-mata, ini adalah soal budi bahasa dan adat resam Johor sendiri," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Pusat Islam Johor, di sini.

Berikutan itu, Mohd Fared memaklumkan pihaknya akan memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan termasuk memberi jaminan keselamatan kepada kakitangan MAINJ yang bertugas dalam mencegah aktiviti maksiat di Johor.

(Mohd Fared Mohd Khalid)

Media Baharu