fb fb fb fb fb

Sektor agrikomoditi, sumbang RM61.3 bilion kepada KDNK

(Majlis Konvokesyen Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) ke-8
di Putrajaya/FB Fadillah Yusof)

PUTRAJAYA, 15 Disember- Sektor agrikomoditi menyumbang RM61.3 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga suku ketiga tahun ini, dengan jumlah eksport bernilai RM160.6 bilion.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, angka tersebut bagaimanapun berkurangan berbanding sumbangan KDNK sebanyak RM61.98 bilion bagi tempoh sama tahun lalu, dengan jumlah eksport sehingga Oktober 2021 adalah RM209.5 bilion.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof)

"Minggu ini saya akan selesaikan taklimat-taklimat daripada semua agensi. Kemudian bila dengan pemain industri kita hendak melihat keseluruhan rantaian kita termasuklah yang eksport dan juga bekalan, salah satu cabarannya ialah dari segi apa yang saya katakan tadi iaitu kita bergantung banyak dengan pekerja-pekerja asing dan bila pekerja-pekerja asing kurang maknanya akan terkesan juga hasilnya.

"Jadi buat masa ini, terlalu awal untuk saya mengatakan komen berhubung kait dengan apakah kesan puncanya tanpa terlebih dahulu berbincang dengan pihak industri dan sebagainya", katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Konvokesyen Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) Ke-8 di Putrajaya.

Dalam ucapannya, beliau turut memaklumkan, jumlah eksport bagi sektor merangkumi komoditi perladangan seperti sawit, getah, perkayuan, koko, lada, kenaf dan tembakau pula sebanyak RM160.6 bilion

Sektor tersebut berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir satu juta rakyat tempatan khususnya di segmen huluan.

Media Baharu