SUNGAI PETANI, 7 November -Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah daerah Kuala Muda berikutan banjir kilat di kawasan itu, susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.
Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri JPBN Kedah dalam kenyataan memaklumkan, PPS terlibat diaktifkan pukul 12.00 tengah hari dengan 10 orang daripada enam keluarga.
"Bilangan yang terjejas banjir yang akan ditempatkan di PPS itu dijangka meningkat,"
Sementara itu, dua sungai di Kedah iaitu Sungai Jarak daerah kulim dan Sungai Titi Kerbau, Kubur Panjang daerah Pendang berada paras amaran termasuk Sungai Pedu di Padang Terap.