PUTRAJAYA, 7 November— Hasil lawatan rasmi Perdana Menteri ke Korea Selatan dan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) antara perkembangan yang dibincangkan mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Turut dibincangkan, isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial (PLS) serta penganjuran Festival of Ideas di Putrajaya 2025 (FOI).
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, lawatan Perdana Menteri ke Korea Selatan itu disifatkan membawa impak positif dengan semua mesyuarat serta perbincangan dua hala berlangsung dengan lancar.
“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini membincangkan lawatan yang amat berhormat Perdana Menteri ke Korea Selatan dan APEC, di mana semua perbincangan bilateral telah berjalan dengan baik termasuk satu sesi ringkas bersama Presiden China, Xi Jinping. Dalam pertemuan itu, Presiden Xi turut menyampaikan penghargaan atas kemajuan dalam perbincangan isu perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang turut dijayakan melalui pertemuan awal di Kuala Lumpur semasa Sidang Kemuncak Asia.”katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini
Dalam perkembangan lain, Datuk Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI memaklumkan, Jemaah Menteri turut memberi amaran tegas kepada pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja atau berniaga di Malaysia.
“Jemaah Menteri telah memutuskan untuk mengeluarkan amaran bahawa pemegang Pas Lawatan Sosial tidak dibenarkan bekerja atau berniaga di Malaysia. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan.” katanya pada
Selain itu, beliau berkata, Jemaah Menteri bersetuju untuk menjadikan FOI sebagai acara tahunan yang akan diadakan di Putrajaya setiap tahun bagi menghimpunkan idea baru pelbagi sektor ke arah pembangunan negara.
“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyampaikan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Tinggi serta pasukan penganjur atas kejayaan Festival of Ideas yang menarik penyertaan meluas termasuk dari rantau Asia Tenggara." Jemaah Menteri turut bersetuju menjadikannya acara tahunan di Putrajaya.” katanya.
FOI Putrajaya 2025 yang berlangsung dari 4 hingga 8 November ini dijangka menarik hampir 500,000 pengunjung fizikal dan kira-kira dua juta peserta secara keseluruhan, termasuk 1.5 juta peserta maya dari seluruh dunia.