fb fb fb fb fb

PRU DUN Sabah: Pemilihan calon BN berdasar keupayaan tangani isu rakyat

Menteri Luar yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan mencuba memasakan "omboyat" iaitu makanan tradisional di Sabah pada Program Ziarah Kasih Bersama Penduduk Kampung Contoh Petagas /BERNAMA

MEMBAKUT, 7 November- Barisan Nasional (BN) menekankan keutamaan terhadap penyelesaian isu-isu tempatan sebagai asas utama pemilihan calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dun Sabah akan datang.

Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Mohamad Hasan berkata, pemilihan calon BN bagi DUN Membakut dan DUN Bongawan dibuat berdasarkan rekod pengalaman serta kemampuan calon dalam mengurus masalah rakyat di peringkat akar umbi.

Hasil tinjauan ke beberapa Pusat Daerah Mengundi menunjukkan rakyat mengharapkan calon yang diketengahkan benar-benar memahami isu setempat khususnya masalah banjir yang membelenggu kawasan Kimanis dan keperluan pembangunan khususnya untuk golongan muda.

"Saya jangka, pemilihan calon Haji Rosman iaitu bekas guru dan Datuk Moh adalah individu yang telah dikenali dan diterima baik masyarakat setempat sebagai Ahli Parlimen Kimanis. Beliau telah melakukan banyak perkara di Kimanis. Dan banyak yang telah dicadangkan dalam Kimanis pertama untuk menyelesaikan masalah banjir. Isu ini selalu dibawa oleh Datuk Moh sebagai Ahli Parlimen Kimanis. Kerana di Kimanis, masalah banjir satu isu besar yang membebankan rakyat semasa musim banjir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Penduduk di Kawasan Parlimen Kimanis.

Katanya, pengundi kini lebih menilai kemampuan calon menangani isu-isu sebenar di peringkat kampung, bukan sekadar populariti.

Inisiatif kerajaan Perpaduan seperti Tabung TVET Negara turut mendapat sambutan baik daripada belia luar bandar, disifatkan sebagai faktor mengukuhkan lagi sokongan kepada calon BN.

SITI NOORAIN ABDULLAH