fb fb fb fb fb

Tiada aduan kenaikan harga ayam di Kedah

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth/FOTO RTM

LANGKAWI, 4 November-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memaklumkan pihaknya tidak menerima aduan kenaikan harga ayam di Kedah.

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata hasil pemantauan mendapati harga ayam di negeri itu adalah terkawal.

Menurut Affendi, harga ayam di Pulau Langkawi adalah sedikit berbeza disebabkan kos pengangkutan.

"RM9.90 adalah harga yang kita benarkan di Langkawi kerana 50 sen adalah kos pengangkutan.

"Kita tidak benarkan sekiranya ada premis dan peniaga yang menjual melebihi harga berkenaan. Setakat ini pemantauan harga dan laporan dari pegawai penguat kuasa menyatakan harga ayam masih lagi stabil", katanya di sini.

Dalam pada itu, Affendi turut menasihati orang ramai untuk membuat aduan segera kepada KPDN jika terdapat kekurangan bekalan atau kenaikan harga melampau di pulau berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD