fb fb fb fb fb

Persekutuan Pengakap Malaysia sasar 500,000 ahli menjelang 2025

Ahli Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Johari Abdul/FOTO RTM

GEORGETOWN, 4 November - Persekutuan Pengakap Malaysia, menyasarkan 500,000 anggota terutama dalam kalangan anak muda menjelang 2025.

Ahli Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Johari Abdul berkata, PPM telah menyusun atur pelbagai perancangan tahun depan, bagi memastikan peningkatan keanggotaan yang ketika ini mempunyai lebih 300,000 anggota.

“Kita mempunyai cita-cita untuk mencapai setengah juta ahli menjelang tahun 2025, pelbagai usaha sedang dijalankan bagi memastikan sasaran tersebut dapat diperoleh", kata Johari.

Menurut Johari, langkah kerajaan untuk menghidupkan kembali Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilihat mamudahkan usaha PPM bagi mencapai sasaran setengah juta keahlian menjelang 2025.

“Sasaran keahlian PPM bermula di sekolah rendah seterusnya sekolah menengah dan terbaharu dengan usaha kerajaan menghidupan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada tahun depan", kata Johari selepas merasmikan Mesyuarat  Asean Scout Association For Regional Cooperation (ASARC) ke-18 di Hotel Royale Chulan di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD