fb fb fb fb fb

RM3.4 juta disalurkan kepada MPTI, persediaan hadapi MTL

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming

TELUK INTAN, 4 November- Peruntukkan RM3.4 juta disalurkan kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) sebagai persediaan menghadapi musim monsun timur laut (MTL), November ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, ia merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM30 juta yang disalurkan kepada 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara. 

Jelasnya, peruntukan tersebut bagi kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan sistem perparitan untuk mengelakkan kejadian banjir kilat di kawasan perumahan.

"Tahun ini Jawatankuasa Kerajaan Tempatan (JKT) telah pun memperuntukkan RM30 juta di semua pihak berkuasa tempatan, khas untuk menaik taraf dan juga memperbaiki sistem perparitan dan longkang yang sumbat, rosak dan usang.

"Daripada RM30 juta itu, sebanyak RM3.4 juta saya khaskan untuk kawasan Parlimen Teluk Intan, ini hanya untuk kawasan-kawasan perumahan. Manakala, kawasan kampung di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan tegas termasuk penamatan kontrak terhadap mana-mana kontraktor yang didapati gagal melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran mengikut tempoh yang ditetapkan. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Komputer Riba kepada 50 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Srithambaram Pillay di Teluk Intan.

ROSLINA BINTI DIN