fb fb fb fb fb

Kuasai sejarah, fahami erti perpaduan

FOTO Laman Web Jabatan Muzium Malaysia

KANGAR, 4 November - Program Citra Nusa@Muzium Kota Kayang menjadi salah satu titik permulaan Kembara Perpaduan yang diperkenalkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui tiga kluster utama iaitu semarak kenegaraan, semarak perpaduan dan komuniti Rahmah.

Sehubungan itu bagi menjayakannya tiga teras utama Malaysia MADANI iaitu Patriotisme dan Demokrasi, Identiti Nasional dan Ekosistem Perpaduan menjadi tunjang program berkenaan.

Ketua Setiausaha KPN Datuk Azman Mohd Yusof dalam ucapannya berkata, penguasaan sejarah negara merupakan perkara asas bagi seorang warganegara memahami dan menghayati erti perpaduan sekali gus mempunyai semangat jati diri membina sebuah negara bangsa yang berdaulat.

"Peranan muzium sebagai penyimpan khazanah negara adalah penting bagi mencapai tujuan berkenaan.

Muzium juga boleh bertindak sebagai pencetus menyemarakkan rasa cintakan negara sesuai Dasar perpaduan negara dalam usaha melestarikan masyarakat majmuk," Azman berucap pada program Citra Nusa@Muzium Kota Kayang, di sini.

Program tiga hari yang bermula semalam itu, dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Jamalullail ditemani Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

TETITIA YUSOFF