fb fb fb fb fb

Tiada kenaikan harga makanan bazar Ramadan di Kedah

(Foto BERNAMA)

SUNGAI PETANI, 2 April- Tiada sebarang kenaikan harga makanan di bazar Ramadan di Kedah setakat ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup  Negeri Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata menerusi operasi setiap hari, pihaknya tidak menerima aduan mengenai kenaikan harga makanan itu.

"Jika makanan dijual dengan harga mahal, kami akan mengeluarkan notis dan meminta peniaga memberikan penjelasan mengenainya.

"Sekiranya tidak munasabah, kami akan mengeluarkan notis di bawah Antipencatutan," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, hasil tinjauan bazar Ramadan di Tanah Merah, Pendang baru-baru ini kebanyakan barang-barang makanan dijual pada harga berpatutan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu