fb fb fb fb fb

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa 10 negeri petang ini

KUALA LUMPUR, 2 April - Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan 10 negeri bakal dilanda ribut petir atau hujan lebat hingga pukul lima petang ini.

Amaran itu dikeluarkan menerusi laman web jabatan itu pada 1.45 tengah hari tadi.

Antara negeri yang dijangka dilanda ribut petir adalah seluruh Pulau Pinang manakala Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak pula membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan kawasan terbabit adalah Jeli, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.

Di Pahang, kawasan terbabit adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

Di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Tambunan) Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Media Baharu