fb fb fb fb fb

Industri vape perlu daftar aktiviti pengilangan produk sehingga 30 April

KUALA LUMPUR, 12 April- Pemain industri vape tempatan diberi tempoh sebulan sehingga 30 April ini untuk mendaftar aktiviti pengilangan vape masing-masing kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, pendaftaran melibatkan pengilang khususnya yang mengeluarkan produk cecair atau gel mengandungi nikotin.

"Pendaftaran awal dalam tempoh ditetapkan, boleh mengelakkan pengilang dikenakan kompaun atas kesalahan lewat berdaftar.

Langkah itu juga memastikan pematuhan industri yang lebih menyeluruh serta pengutipan cukai berjalan lancar menjelang Mei 2023," menurut kenyataan itu.

(Foto hiasan)

Pendaftaran pelesenan bawah Akta Eksais 1976 boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem MyExcise di pautan https://myexcise.customs.gov.my/myexcise/

Berkuat kuasa semalam, cukai ke atas penjualan cecair vape dikenakan pada kadar 40 sen bagi setiap mililiter cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Media Baharu