fb fb fb fb fb

Pasaraya Econsave buat potongan harga sehingga 50%

(Foto BERNAMA)

BATU PAHAT, 2 April- Lebih 1,000 barangan keperluan harian diturunkan harga antara tiga hingga 50 peratus di seluruh Pasaraya Econsave seluruh negara.

Penurunan harga itu bermula 1 Mac lalu hingga hujung bulan ini. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ia sebagai keprihatinan kepada rakyat dalam membuat persiapan Aidilfitri akan datang.

Pemain industri memberi jaminan tidak akan membebankan rakyat dan memberikan harga terbaik dalam mendapatkan keperluan harian. 

"Keprihatinan kita kepada rakyat semakin berterusan dan sambutan oleh industri terlibat juga semakin menggalakkan.

"Penurunan harga ini memberi kesan sangat besar kepada rakyat Malaysia terutama ketika Ramadan ini dan Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bagi memastikan rakyat di kawasan berkenaan tidak terbeban dengan harga tidak munasabah. 

Beliau turut menasihatkan pengguna di kawasan terlibat membuat aduan sekiranya membeli barangan keperluan pada harga tidak sepatutnya.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu