fb fb fb fb fb

221 cerun kritikal perlu diberi perhatian - Nik Nazmi

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 2 April - 221 cerun kritikal dikenal pasti perlu diberi perhatian khususnya ketika monsun melanda.

Justeru, ahli geologi disaran sentiasa cakna bagi memastikan penduduk yang terdedah kepada bencana geologi diberikan cukup pengetahuan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata insiden tanah runtuh di Batang Kali pada Disember tahun lalu mampu dielakkan jika pembangunan sesebuah kawasan diambil serius.

(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, 
Nik Nazmi Nik Ahmad / FOTO FAIL)

"Ini termasuk memastikan tapak yang hendak dibangunkan dalam keadaan stabil, selamat dan tidak berisiko bencana geologi seperti tanah runtuh.

"Selain itu, kejadian aliran puing yang telah beberapa kali berulang juga perlu diberikan perhatian," katanya melalui perutusan sempena Hari Ahli Geologi Sedunia 2023 yang disambut hari ini.

Tambah Nik Nazmi, kementerian juga giat membangunkan Pelan Pembangunan dan Pelaksanaan Geopark Negara.

Ini bagi memastikan pembangunannya dilaksanakan secara terkawal dan lestari serta memastikan kejadian bencana geologi dapat dipantau dan dikawal.

Media Baharu