fb fb fb fb fb

The Wheel Estate Campsite, produk pelancongan baharu Perlis

PADANG BESAR, 21 Disember- The Wheel Estate Campsite yang terletak di Chuping kini antara destinasi pelancongan terbaharu di Perlis.

Lokasi yang terletak kira-kira 13 kilometer sebelum sempadan Thailand itu mempunyai konsep menarik ala tapak perkhemahan bertemakan angkasa lepas dan planet merupakan yang pertama di Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkunjung ke lokasi ini bertitah, aktiviti dan program berbentuk promosi pelancongan yang kreatif dan mampu menarik perhatian ramai perlulah dipergiat secara konsisten bagi meningkatkan lagi usaha penambahbaikan segala prasarana sokongan.

Baginda turut menyarankan supaya perkembangan dan kepesatan arus teknologi perlu dimanfaatkan sebaiknya melalui pelbagai kaedah seperti mewujudkan portal, laman web, media sosial di pelbagai jenis medium aplikasi, jalinan hubungan kerjasama dengan Key Opinion Leaders (KOL) serta sokongan pempengaruh digital media sosial bagi menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Perlis.

The Wheel Estate Campsite mempunyai 6 meter Dome Tents, 4 meter Dome Tents, Diamond Wooden Tents, ‘A’ Wooden Houses dan tapak untuk sewaan 'campervans' dan perkhemahan.

Ia turut menawarkan aktiviti dengan caj promosi untuk aktiviti memanah, memancing, berbasikal manakala trampoline, foosball, dart dan mini biliard adalah percuma untuk tempoh permulaan pembukaan ini.


(The Wheel Estate Campsite, tarikan terbaharu di Perlis)

Media Baharu