fb fb fb fb fb

Banjir: Penggantian dokumen peribadi penduduk terjejas, percuma

PUTRAJAYA, 21 Disember- Penduduk terjejas banjir yang kehilangan dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan pasport akan diberikan dokumen ganti secara percuma.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagaimanapun berkata, tumpuan utama ketika ini adalah memastikan keselamatan penduduk terjejas adalah terjamin.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

"Buat masa sekarang keutamaan adalah nyawa dan harta benda, dokumen dan pengenalan diri ini akan menyusul kemudian.

"Kementerian Dalam Negeri akan mempercepatkan proses menggantikan dokumen itu tanpa perlu di kenakan apa- apa caj", katanya selepas melancarkan Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur di Putrajaya.

Beliau turut memberi jaminan PDRM akan memastikan keselamatan tempat tinggal penduduk terjejas banjir yang berada di PPS, terutamanya ketika air mulai surut.

Pemantauan menyeluruh akan terus dilaksanakan pihak berkuasa.

Media Baharu