fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Mayat lelaki ditemukan, mangsa ke-26

(Foto Fb Korporat JBPM)

BATANG KALI, 21 Disember- Satu lagi mayat seorang lelaki ditemukan di lokasi pencarian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, pada 11.16 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan penemuan mayat lelaki itu di Sektor B (Farm View), menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini kepada 26 orang.

Mayat akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Sehingga kini 61 orang selamat, 26 orang terkorban dan tujuh orang masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa insiden itu yang berlaku pada 2.42 pagi, Jumaat lalu.


(Satu lagi mayat seorang lelaki ditemukan di lokasi pencarian tragedi
tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm pada 11.16 pagi/JBPM)

Media Baharu