fb fb fb fb fb

Dewan Negara luluskan usul pelantikan lima ahli Jawatankuasa Pemilih

KUALA LUMPUR, 21 Disember- Dewan Negara hari ini meluluskan usul pelantikan lima ahli Jawatankuasa Pemilih untuk penggal pertama Sidang Parlimen Ke-15.

Mereka ialah Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim selaku Pengerusi, Senator Datuk Dr. Ahmad Azam Hamzah, Senator Datuk Kesavadas A/L A. Achyuthan Nair, Senator Tan Sri Hj. Mohamad Fatmi Che Salleh dan Senator Susan Chemerai Anding.

Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh mengikut Peraturan Mesyuarat 70 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Negara.

Menerusi pelantikan tersebut, ahli jawatankuasa pemilih diberi kuasa memanggil orang hadir dihadapan mereka serta meminta dikeluarkan surat.

Jawatankuasa Pemilih dilantik pada awal tiap-tiap penggal Parlimen untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-peraturan Mesyuarat.


(Foto Hiasan)

Media Baharu