fb fb fb fb fb

Thaipusam, tujuh jalan ditutup di Batu Caves

Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup bermula tengah malam ini hingga 8 Februari nanti sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, penutupan jalan itu bermula jam 12.01 tengah malam Khamis hingga 12.01 tengah malam Rabu.


(Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed)

"Tujuh jalan ditutup yang pertama pertama di lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves, yang kedua susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves, yang ketiga Jalan Batu Caves Lama ke Pintu Utama Bt Cave, yang ke empat Simpang tiga lampu isyarat hadapan stesen minyak Shell Batu Caves, seterusnya simpang tiga Jalan SBC 8/ Jalan Batu Caves lama dan susur MRR2 dari Seri Gombak menghala susur Jalan Perusahaan Batu Caves, jalan perusahan ke batu cave, inilah kawasan kawasan atau laluan yang akan kita tutup," katanya.

Seramai 1,888 anggota dan pegawai polis bersama sebelas agensi lain ditugaskan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang tempoh Op Palu.

Hebahan penutupan jalan juga dilakukan di papan iklan elektronik dari arah Bulatan Batu Caves menghala ke Gombak dan laman rasmi Facebook Polis Daerah Gombak.

Dijangkakan seramai 2 juta pengunjung akan datang ke Batu Caves.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak meletakkan kenderaan di parkir haram.

Pengujung juga dinasihatkan supaya sentiasa menjaga barang-barang berharga bagi mengelakkan kecurian.

Media Baharu