fb fb fb fb fb

Waspada panggilan penyamar - SKMM

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggesa orang awam tidak terpedaya dengan panggilan oleh individu tidak dikenali.

Penyamar didapati mendakwa sebagai pegawai daripada tribunal SKMM.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, SKMM tidak mempunyai sebarang tribunal yang dinamakan dan beroperasi sebagai tribunal SKMM.

SKMM mengingatkan sebarang pemakluman urusan berkaitan hanya menggunakan saluran rasmi seperti laman sesawangnya dan melalui platform media sosial.

Selain itu, SKMM tidak menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian dan penggunaan bahasa yang meragukan.

Orang ramai dinasihati segera melaporkan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau kepada Polis Diraja Malaysia sekiranya menerima panggilan tersebut.

(Logo SKMM)

Media Baharu