fb fb fb fb fb

Thaipusam: 80,000 penganut Hindu dijangka banjiri Ipoh

IPOH, 3 Februari- Kira-kira 80,000 penganut Hindu dijangka menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Ipoh, tahun ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata untuk itu seramai 942 penugasan kawalan keselamatan akan diatur gerak bagi memastikan kelancaran sambutan tersebut.

Selain itu, pihaknya juga akan menempatkan Balai Polis Bergerak di Kuil Sri Subramaniar di sini bagi memudahkan kawalan dan keselamatan orang ramai.

"Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan dan pergerakan serta mematuhi segala peraturan daripada pihak berkuasa terutamanya daripada polis. Mereka juga diminta sentiasa menjaga diri dan harta benda sepanjang perayaan ini," katanya kepada RTM Perak ketika bersiaran dalam segmen Cerita Pagi Selamat Pagi Malaysia di sini.

Katanya, beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula petang ini untuk memastikan kelancaran aliran trafik.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan sehingga kini terdapat 320 orang pembawa kavadi telah berdaftar dengan pihak kuil untuk menyempurnakan upacara tersebut sempena perayaan ini.


(Katanya, beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bermula
petang ini untuk memastikan kelancaran aliran trafik)

Media Baharu