fb fb fb fb fb

Thaipusam: 1.6 juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves

(Tinjauan media mendapati pasukan polis dari pelbagai unit telah ditugaskan
untuk menjaga keselamatan pengunjung termasuk lalu lintas)

BATU CAVES, 3 Februari- Pasukan polis dari pelbagai unit telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan pengunjung termasuk lalu lintas di Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini, sepanjang sambutan Thaipusam hingga 6 Februari ini.

Menurut Setiausaha Kuil Sri Subramaniar Swamy, Sethu Pathy, kira-kira 1.6 juta pengunjung dijangka membanjiri kuil ini.

Tinjauan media mendapati pasukan polis dari pelbagai unit telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan pengunjung termasuk lalu lintas.

Lebih 100 anggota dan pegawai polis ditempatkan di Kuil Sri Subramaniar Swamy.

Pada masa sama, pegawai kesihatan dari beberapa hospital seperti Hospital Selayang termasuk pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) turut ditempatkan di lokasi.

Pelancong dari dalam dan luar negara turut kelihatan untuk menyaksikan sambutan itu.


(Pelancong dari dalam dan luar negara turut kelihatan untuk menyaksikan sambutan ini)

Media Baharu