fb fb fb fb fb

Siasatan kerosakan struktur LRT Bandaraya dijangka siap dua minggu

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Kerosakan struktur viaduct dan tiang yang retak berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya memerlukan penyiasatan menyeluruh dan bakal mengambil masa dua minggu untuk dilengkapkan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Strategi dan Pembangunan) Kumpulan Prasarana Berhad Dr Prodyut Dutt berkata perunding kejuruteraan yang dilantik pihaknya telah memulakan siasatan tersebut semalam.

Hal ini kerana pihaknya, "perlu mengutamakan keselamatan penumpang dan setiap tindakan perlu mengambil kira faktor keselamatan sebelum memulakan operasi seperti sedia kala."

Katanya, "sebuah jawankuasa telah dibentuk melibatkan pihaknya dan Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)," katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi kerosakan di stesen LRT Bandaraya.

Media sebelum ini melaporkan perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan menyebabkan gangguan operasi antara dua stesen iaitu Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bermula 27 Januari lalu.

Perkhidmatan bas pengantara telah diaktifkan sejak hari pertama bagi menggerakkan penumpang yang terkesan akibat gangguan tersebut selain penempatan petugas tambahan bagi melancarkan pergerakan.

Waktu puncak perkhidmatan juga dilanjutkan dari 6.30 pagi hingga 10.30 pagi dan 4.30 petang sehingga 8.30 malam.

(Prodyut Dutt (tengah))

Media Baharu