fb fb fb fb fb

Polis Johor berjaya tahan kes curi motosikal dalam tempoh 24 jam

JOHOR BAHRU, 3 Februari - Dua lelaki terlibat kegiatan mencuri dua buah motosikal di Taman Scientex, dan Kota Tinggi ditahan semalam.

Tangkapan dilakukan dalam Op Lejang menerusi Unit Risikan Sektor (URS) Balai Polis Taman Scientex dan berjaya menyelesaikan kes curi motosikal terbabit dalam tempoh kurang 24 jam.

Suspek pertama ditahan di Flat Taman Scientex, selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan dan ketika cuba meleraikan komponen motosikal yang dicuri.

Manakala suspek kedua, ditahan di Flat Taman Perling, dan motosikal dijumpai masih dilaporkan hilang di Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan.

(Suspek berjaya ditahan)

Media Baharu