fb fb fb fb fb

Perak sasar 50% pengurangan kematian, kemalangan akibat jalan raya

(Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai sasaran itu,
lima strategi penguatkuasaan akan dipergiat)

IPOH, 3 Februari- Perak menyasarkan pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang 2030.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai sasaran itu, lima strategi penguatkuasaan akan dipergiat.

"Antaranya dengan melaksanakan kempen keselamatan jalan raya melalui advokasi serta penglibatan bersama agensi lain yang berkaitan," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, penguatkuasaan tidak hanya akan tertumpu pada musim perayaan sebaliknya akan dilaksana secara berterusan.


(Tambahnya, penguatkuasaan tidak hanya akan tertumpu pada musim perayaan
sebaliknya akan dilaksana secara berterusan)

Media Baharu