fb fb fb fb fb

Serian dilanda banjir, 88 orang terjejas

SERIAN, 3 Februari- Seramai 88 orang dari dua kampung di sini terjejas banjir.

Kesemua mereka daripada 45 Ketua Isi Rumah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata PPS tersebut ialah PPS Gereja Saint Peter, Simpok dan PPS Dewan Kampung Mundai.

"Penduduk terjejas adalah dari Kampung Simpok dan Kampung Mundai. PPS tersebut dibuka pada pukul 6.00 pagi dan 8.00 pagi tadi," katanya menerusi kenyataan.

PPS terbabit dibuka selepas kediaman mereka dilanda banjir ekoran hujan lebat malam tadi.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu