fb fb fb fb fb

Banjir Johor: Dua daerah masih terjejas

JOHOR, 3 Februari- Hanya dua daerah masih terjejas banjir di Johor iaitu Segamat dan Batu Pahat, setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Menerusi kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, seramai 925 orang daripada 264 keluarga masih berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).

"Batu Pahat merekodkan 877 penduduk terjejas di enam PPS. Segamat pula mencatat 48 orang di dua PPS," katanya.

Sungai Bekok di lembangan Sungai Batu Pahat pula mencatatkan bacaan paras bahaya iaitu 18.80 meter.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu