fb fb fb fb fb

Operasi kaunter HASiL berpindah ke Dewan Menara HASiL

KOTA KINABALU, 3 Februari - Bermula Isnin depan, operasi kaunter perkhidmatan khidmat pelanggan, kaunter pusat bayaran Kota Kinabalu dan kaunter duti setem Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) dipindahkan sementara ke Dewan Menara HASiL di sini.

HASiL menerusi kenyataan memaklumkan kaunter berkenaan sebelum ini beroperasi di tingkat bawah dan tingkat mezanin Menara HASiL Kota Kinabalu.

"Pemindahan sementara lokasi kaunter-kaunter ini adalah berikutan pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan dilokasi sedia ada.

Perkhidmatan yang ditawarkan di kaunter masih sama namun bilangan pelanggan dihadkan berdasarkan kepada kapasiti keluasan serta ruang dewan yang kecil ," menurut kenyataan itu.

Lokasi baharu perkhidmatan kaunter berkenaan akan beroperasi sehingga kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan serta penyelenggaraan selesai, dan sebagai alternatif, para pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian HASiL bagi sebarang urusan percukaian.

(FOTO BERNAMA)

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 / 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

Media Baharu