fb fb fb fb fb

Thailand ucap terima kasih, Malaysia bantu bebas tahanan di Palestin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

BUKIT KAYU HITAM, 27 November- Kerajaan Thailand mengucapkan terima kasih kepada Malaysia membantu pembebasan tebusan  warga negara itu dibawah tahanan pejuang Hamas ketika gencatan senjata.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia membantu memudahkan mengikut kemampuan yang ada.

"Perdana Menteri Thailand juga mengucapkan terima kasih khas kepada kita kerana bantuan kita sedayanya untuk menyelamatkan tawanan orang Thailand yang di bawah penguasaan Hamas yang terlibat dalam konflik Israel-Gaza atau Palestine. Saya kata hanya kita cuba mencerahkan kemampuan kita, tapi terus kebijaksanaan Hamas dan Mesir yang memberikan laluan kepada mereka", katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Sadao dan mengadakan pertemuan serta perbincangan tertutup dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, hari ini.

Tiga tebusan Thai yang ditahan oleh pejuang Hamas sudah dibebaskan dari Gaza semalam, menjadikan jumlah warga Thailand yang dibebaskan sejak gencatan senjata selama empat hari bermula pada Jumaat kepada 17 orang.

Sebuah kumpulan Muslim Thailand menegaskan pihaknya berunding secara langsung dengan Hamas untuk pembebasan tahanan Thailand di Gaza ketika gencatan sementara berlangsung.

Perkara itu sekali gus menolak laporan yang memberi kredit kepada Kementerian Luar dan perunding lain.

ROSLINA BINTI DIN