BUKIT KAYU HITAM, 27 November - Malaysia akan menjadi fasilitator membantu Thailand menyelesaikan konflik di selatan negara itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ianya sebagai tanggungjawab untuk bekerjasama supaya meredakan ketegangan tersebut.
Beliau berkata, Thailand menunjukkan kesediaan untuk menerima bantuan dari Malaysia.
"Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan hidup dan kebebasan bagi rakyat selatan Thailand, keagamaan mereka dan budaya dan juga bahasa tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Thailand dan saya lihat ada kesediaan dan kita hanya akan menjadi fasilitator membantu yang diketuai oleh bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli dan ini akan diteruskan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS), di sini.
Sementara itu, Berhubung rancangan Thailand, untuk membina pelabuhan dan jambatan darat, yang memintas laluan perkapalan di Selat Melaka, Anwar
memberi jaminan, Malaysia akan turut mendapat manfaat menerusi kerjasama Malaysia dalam projek berkenaan.
Namun kata Anwar, ia masih di peringkat awal untuk diperincikan.
"Bagi kita ada faedah kita memanfaatkan kemudahan di situ dan cuma secara terperinci sama ada kita menyertai atau ada ekuiti itu terlalu awal untuk dibincangkan.
"Tetapi semangat yang dibincangkan dengan saya dia (Srettha) kata “Anwar, kami akan pastikan malaysia mendapat manfaat dari projek tersebut," katanya.