fb fb fb fb fb

Pembangunan di Utara Semenanjung, Selatan Thailand diteruskan sebagai kawasan pertumbuhan baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

BUKIT KAYU HITAM, 27 November- Pembangunan di kawasan Utara Semenanjung dan Selatan Thailand akan diteruskan bagi menjadikannya sebagai kawasan pertumbuhan baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin komited untuk menyegerakan tindakan dalam beberapa hal yang memberi faedah kepada kedua-dua negara.

Antaranya, menjamin lalu lintas yang lebih pantas dan selesa untuk rakyat di Sadao dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah.

"Kalau kita lihat sebahagian Sadao, sebahagiannya lebih cepat, walaupun di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam lebih awal dari Thailand, itu yang pertama.

"Jadi yang tertangguh, adalah jalan yang harus kita siapkan dalam keadaan segera tetapi mengambil sedikit masa kerana telah terpaksa menyentuh beberapa laluan kawasan tentera yang ada", katanya dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di Sadao.

Tindakan itu antara strategi memacu pertumbuhan  di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Sementara itu,  kedua-dua  negara dilihat mempunyia sinergi untuk  meningkatkan pelancongan supaya kedua-dua negara mendapat faedah yang lebih baik.

"Jadi, beliau (Sreta Thavisin) telah mengarahkan Menteri Pelancongan Thailand dan saya minta supaya Menteri Pelancongan Malaysia adakan pertemuan supaya kedua-dua negara mendapat faedah yang baik, maknanya ada sinergi di antara kedua negara meningkatkan pelancongan kedua-dua negara.

"Ini termasuklah kawasan Selatan Thailand dan kita Langkawi, Kedah, Perlis dan Kuala Pinang sekitar utara, selain daripada kawasan lain di selatan, ini tumpuan kita setakat ini", katanya.

ROSLINA BINTI DIN