fb fb fb fb fb

Thailand prihatin, hulur bantuan buat rakyat Malaysia terjejas banjir


BUKIT KAYU HITAM, 8 Januari-
Keprihatinan rakyat Thailand kepada rakyat Malaysia yang berdepan musibah banjir diterjemah melalui kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dari negara jiran itu.

Sumbangan barangan keperluan bernilai lebih dari RM600,000 dibawa masuk melalui Kompleks Imigresen,Kastam Kuarantin dan Keselamatan, ICQS Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Sumbangan diserahkan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff mewakili kerajaan Malaysia.

"Melalui JKM sebenarnya kita telah membelanjakan RM35 juta keperluan untuk membekalkan bahan -bahan di depoh untuk simpanan bekalan mangsa tetapi dengan suasana banjir yang agak luar biasa, sudah tentu kita sangat memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk NGO dan hari ini kita amat berterima kasih atas sumbangan dari negara jiran kita", katanya.

Sumbangan tersebut diuruskan dengan kerjasama JKM, Yayasan Al-Manjie Malaysia dan Khidmat Malaysia.

Lebih banyak bantuan akan disumbangkan dalam tempoh terdekat.

Media Baharu