fb fb fb fb fb

3,251 kes baharu COVID-19 dicatatkan, 299 merupakan kes import



PUTRAJAYA, 8 Januari - 3,251 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya 2,783,331 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 299 merupakan kes import membabitkan 265 warganegara dan 24 warga asing.

"Dua kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah kluster aktif setakat ini 176", katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Noor Hisham memaklumkan, 243 orang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi dengan 113 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Media Baharu