fb fb fb fb fb

Kes pemilikan saham Tan Sri Azam Baki, beri ruang siasatan sepenuhnya- Perdana Menteri



KOTA MARUDU, 8 Januari
- Semua pihak harus memberi ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya terhadap dakwaan pembelian saham yang melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM ,Tan Sri Azam Baki.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata siasatan berhubung kes itu kini dilakukan pelbagai pihak, antaranya Suruhanjaya Sekuriti selain siasatan dalaman SPRM sendiri.

Tegas beliau gambaran seolah-olah kerajaan berdiam diri juga adalah tidak tepat, kerana tindakan telah dilakukan.

"Tindakan telah dilakukan dan SPRM ini ada suruhanjaya bebas dan mereka ada tatacara sendiri."

"Kalau ada siasatan lain oleh polis dan sebagainya, kita tunggu siasatan, kita tidak boleh 'jump into conclusion' letakkan Azam Baki seolah-olah telah bersalah, apabila keputusan dibuat barulah kita akan ambil tindakan", jelas beliau di Kota Marudu, Sabah.

Perdana Menteri mengulas kenyataan desakan agar Tan Sri Azam dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tan Sri Abu Zahar Ujang disiasat segera oleh satu badan bebas berhubung dakwaan berkenaan.

Media Baharu