fb fb fb fb fb

1,864 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di musnahkan.



MASJID TANAH, 8 Januari - Sejumlah 1,864 ternakan babi yang telah dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) di Paya Mengkuang di sini, telah dimusnahkan setakat semalam.

Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, tindakan itu bagi mengawal dan mencegah penyakit ASF yang kini telah merebak ke 16 ladang babi komersial di kawasan itu.

"Pemusnahan babi menggunakan kaedah gas karbon dioksida berkepekatan tinggi berasaskan garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan - Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna", katanya dalam satu kenyataan media.

Susulan itu, aktiviti pemantauan dan pemeriksaan juga diaktifkan melibatkan semua ladang ternakan babi di seluruh negara.

Beliau meminta penternak dan orang awam supaya segera melaporkan sebarang kematian melibatkan babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD), Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menghubungi talian Hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya (03-88702041).

Media Baharu