fb fb fb fb fb

Hanya 1 kes baharu COVID-19 dalam kalangan penduduk terjejas banjir.



PUTRAJAYA, 8 Januari - Hanya satu kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan penduduk terjejas banjir, hari ini.

Manakala, tiada kes baharu direkodkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, secara keseluruhan sebanyak 466 kes positif COVID-19 dicatatkan dalam kalangan penduduk terjejas banjir di Pahang, Melaka dan Johor.

"Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS juga masih kekal 15 kes tanpa ada pertambahan kes direkodkan", katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr. Noor Hisham, Kementerian Kesihatan (KKM) turut merekodkan 43 kes penyakit berjangkit membabitkan jangkitan saluran pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit dan Acute Gastroenteris (AGE) dalam kalangan penduduk terjejas banjir hari ini.

Ia menjadikan keseluruhan kes bagi ketiga-tiga penyakit berkenaan selain konjunktivitis serta penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) sebanyak 2,402 kes.

Media Baharu