fb fb fb fb fb

OP samseng jalanan, 50 individu ditahan sekitar Kuala Terengganu



KUALA TERENGGANU, 8 Januari- Padah menunggang motosikal dengan aksi berbahaya, lima remaja lelaki ditahan polis.

Mereka antara 50 individu yang ditahan dalam OP Samseng Jalanan, sekitar Kuala Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa memaklumkan, 33 motosikal dibawa ke IPD Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut, manakala lima lagi disita.

Secara keseluruhan, 93 saman telah dikeluarkan dalam operasi berkenaan yang tertumpu di jalan pintasan Pulau Sekati-Manir dan Kampung Tok Adis-Durian Burong, Kampung Bukit Bayas.

Media Baharu